Merungkai Hubungan Di Antara Harga Emas Dan Peristiwa Geopolitik

    by VT Markets
    /
    Jan 24, 2025

    Selagi mana kali konflik bersenjata dan krisis nasional yang luar biasa meletus, selagi itulah pasaran emas akan dilibas. Individu-individu yang aktif dalam perdagangan emas akan merasa tempiasnya dalam cara yang baik atau buruk.

    Sebagai contoh, perang di antara Iran, Hezbollah dan Israel mengakibatkan lonjakan harga emas sebanyak 1% kepada $2,661.63 per auns pada 1 Oktober 2024.

    Namun begitu, naratif emas berubah pada 25 November 2024.

    Harga emas menjunam sebanyak 3.4% kepada $2,619.66 per auns selepas media melaporkan gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah. Perkembangan ini menurunkan tarikan emas sebagai aset safe haven.

    Krisis ekonomi juga mampu mencetuskan pergerakan luar biasa untuk emas, seperti yang terjadi semasa krisis ekonomi global dari tahun 2007 sehingga 2012. Huru-hara yang dahsyat di dalam pasaran saham, hartanah, ekuiti dan komoditi telah menggalakkan pemindahan dana ke aset safe haven seperti emas.

    Hasilnya?

    Dalam masa lima tahun sahaja, harga emas berlipat ganda dua kali, dengan rali dari $825 sehingga $1650 per auns.

    Mengenali Geopolitik

    Geopolitik adalah bidang yang mengkaji politik dan perhubungan antarabangsa yang dipengaruhi oleh geografi.

    Bidang ini memberikan gambaran bagaimana individu, organisasi, korporasi dan kerajaan berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti ekonomi, politik dan kewangan.

    Hubungan di antara pemain-pemain geopolitik ini memainkan peranan penting dalam penggerak pasaran, seperti pertumbuhan ekonomi, prestasi perniagaan, volatiliti dan transaksi.

    Mengapa Emas Begitu Sensitif Terhadap Peristiwa Geopolitik?

    Mudah saja.

    Emas dianggap sebagai aset safe haven. Maksudnya, pelabur sering akan beralih ke emas semasa keadaan yang tidak menentu untuk melindungi kekayaan mereka. Ini adalah diantara sebab-sebab kenapa emas mudah bertindak balas terhadap peristiwa geopolitik:

    1. Keselamatan Untuk Melindungi Nilai Kekayaan

      Emas digunakan sebagai penyimpan nilai sejak berabad lamanya. Tidak seperti mata wang tradisional, yang mana nilainya boleh menurun kerana inflasi, emas mempunyai nilai intrinsik yang kekal.

      Oleh itu, emas menjadi pilihan utama pelabur untuk mencari perlindungan dari krisis geopolitik.

      2. Naik Turun Mata Wang

        Peristiwa geopolitik boleh mengakibatkan ketaktentuan dalam pasaran mata wang dan meningkatkan permintaan emas oleh pelabur.

        3. Perlindungan Dari Inflasi

          Dalam keadaan ketaktentuan geopolitik, kerajaan mungkin akan mengaktifkan polisi kewangan yang boleh menjurus kepada inflasi. Emas adalah medium perlindungan dari inflasi kerana nilainya yang stabil apabila kuasa membeli wang merudum.

          4. Gangguan Rantaian Bekalan

            Peristiwa geopolitik boleh mengganggu bekalan rantaian emas, terutamanya jika operasi perlombongan berada di dalam zon konflik. Gangguan kepada bekalan akan melonjakkan harga emas.

            5. Sentimen Pasaran

              Ketakutan dan kebimbangan yang disebabkan oleh peristiwa geopolitik boleh meningkatkan permintaan emas sebagai medium perlindungan. Harus diingat yang sentimen masih memainkan peranan walaupun peristiwa geopolitik tidak mengganggu fundamental bekalan dan permintaan emas.

              Jenis Peristiwa-Peristiwa Geopolitik Yang Mempengaruhi Harga Emas

              1. Konflik Ketenteraan

                Peperangan dan penaklukan bersenjata meningkatkan kebimbangan dan ketaktentuan di kalangan pelabur.

                Peperangan di antara Iran/Israel dan Rusia/Ukraine telah mencetuskan rali harga emas kerana pelabur memerlukan perlindungan dari ketakstabilan ekonomi dan gangguan pasaran global.

                2. Sekatan Ekonomi

                  Sekatan ekonomi ke atas negara-negara tertentu boleh menjadi punca ketakstabilan pasaran global, mempengaruhi perdagangan dan integriti ekonomi. Ketaktentuan ini menggalakkan peralihan ke emas dan melonjakkan harganya secara langsung.

                  3. Ketakstabilan Politik

                    Situasi politik yang tidak menentu atau perubahan kerajaan yang drastik boleh mengakibatkan ketaktentuan dan menjatuhkan keyakinan pedagang.

                    Peristiwa seperti Arab Spring atau perubahan dalam hubungan US – China telah menunjukkan peningkatan untuk emas sebagai medium perlindungan dari kekacauan ekonomi.

                    4. Serangan Pengganas

                      Insiden pengganas boleh menjadi punca perubahan tajam dalam harga emas. Tragedi 11 September dan konflik di antara Hamas dan Israel pada tahun 2024 disusuli dengan lonjakan permintaan untuk emas.

                      5. Tindakan Bank Pusat

                        Ketegangan geopolitik boleh mempengaruhi polisi kewangan bank pusat, terutamanya berkenaan dengan kadar faedah. Jika bank pusat merendahkan kadar atau menjalankan pelonggaran kuantitatif, strategi ini akan meningkatkan tarikan emas sebagai pelaburan.

                        Apa Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Berdagang Emas Dengan Selamat Semasa Peristiwa Geopolitik?

                        1. Kekal Peka Dengan Perkembangan Terkini

                        Pupuk tabiat untuk sentiasa mengikuti perkembangan-perkembangan geopolitik yang berlaku di pentas global, seperti konflik bersenjata, sekatan dan berita ekonomi.

                        Gunakan kalendar ekonomi dan sumber-sumber berita yang sahih untuk mengikuti perkembangan yang boleh mengubah arah pasaran.

                        2. Luaskan Portfolio Anda

                          Keuntungan dari perdagangan emas adalah berbaloi jika anda bijak menguruskan perdagangan. Tetapi, jika pasaran emas mengalami volatiliti luar biasa semasa peristiwa geopolitik, adakah anda mampu melindungi akaun anda dengan emas semata-mata?

                          Di situasi inilah kepelbagaian portfolio boleh melindungi akaun anda.

                          Jika pasaran emas sedang bergolak, anda masih boleh mengaut keuntungan atau mengurangkan kerugian dari pasaran emas dengan melabur dalam forex, saham, indeks atau komoditi lain.

                          3. Menilai Risiko

                          Jika anda ingin berdagang emas di tengah-tengah krisis ekonomi, pastikan anda menilai impak peristiwa tersebut ke atas pasaran emas sebelum membuka posisi. Selaraskan strategi trading anda dengan mengambil faktor krisis yang sedang berlaku.

                          4. Elakkan Penjualan Atau Pembelian Panik

                            Kebiasaannya, harga emas akan melonjak atau menjunam dengan kerap dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu. Oleh itu, elakkan dari membuat keputusan impulsif yang bergantung kepada pergerakan harga singkat semata-mata. 

                            Kekalkan disiplin dan ikut rancangan anda semasa pasaran sedang volatil. Jika harga mencapai stop-loss anda, anggap yang trade itu tidak berpihak kepada anda dan teruskan dengan trade yang seterusnya. 

                            Jika trade tersebut berjaya mencapai sasaran anda, tahniah, kerana anda berjaya mengekalkan kekentalan walaupun pergerakan harga banyak menguji anda!

                            Jadi Pedagang Emas Yang Lebih Bijak (Dan Beruntung) Dengan Memupuk Sikap Peka Terhadap Perkembangan-Perkembangan Global

                            Lebih luas pandangan anda, lebih jauh anda boleh berjaya dalam trading emas!

                            Kini, anda tahu mengapakah pasaran emas mudah bertindak balas terhadap peristiwa geopolitik dan apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi akaun anda semasa pasaran sedang hangat dilibas insiden geopolitik!

                            Buka akaun live VT Markets sekarang untuk memulakan perdagangan emas anda.

                            see more

                            Back To Top
                            Chatbots