Wall Street menjadi resah apabila Presiden Trump berbincang mengenai tarif. Dalam masa hanya dua minggu, pengumuman Trump tentang kemungkinan tarif ke atas Kanada menghapuskan 7% daripada S&P 500 dan memberi kesan lebih besar kepada NASDAQ, menurunkannya sebanyak 10%. Tetapi pedagang mungkin mula memahami: Ini kelihatan seperti taktik Trump yang pernah dilakukannya, iaitu membuat ancaman, menakutkan pasaran, kemudian beliau mengundurkan diri apabila mendapat apa yang diinginkan. Adakah ini hanya satu lagi pusingan rundingan berisiko tinggi? Pedagang nampaknya berpendapat demikian, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Apabila tarif menjadi topik perbualan, pedagang bimbang menegnai tindak balas daripada negara lain. Ini boleh bermakna kos yang lebih tinggi ke atas barangan yang dibeli oleh rakyat Amerika setiap hari. Harga yang lebih tinggi biasanya menyebabkan pengguna mengetatkan perbelanjaan mereka, yang boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi. Dengan jumlah perdagangan yang begitu tinggi, perang tarif berskala besar boleh memberi kesan ketara kepada ekonomi AS.
Tetapi langkah-langkah Trump terbaru menunjukkan dia lebih berminat dalam rundingan berbanding perang perdagangan sebenar. Selepas mengeluarkan ancaman tarif pada awalnya, Trump menukar pendiriannya. Pada 5 Mac, beliau mengecualikan sektor kritikal, mengeluarkan separuh daripada import Mexico dan kira-kira 38% barangan Kanada dari senarai tarif. Sehari kemudian, beliau mengurangkan tarif lagi. Pengeluar kereta, sebagai contoh, mendapat penangguhan sebulan sebelum menghadapi tarif penuh 25%. Coraknya seakan-akan yang pernah terjadi sebelum ini, iaitu ancaman awal diikuti dengan penyesuaian yang berhati-hati untuk menyahstabilkan rakan rundingan.
Kita pernah melihat Trump menggunakan taktik yang sama sebelum ini, terutamanya dengan China semasa beliau menjadi presiden sebelum ini. Beliau memulakan rundingan dengan meningkatkan ketegangan, menunggu pasaran menjadi gementar, kemudian mengundurkan diri secukupnya untuk mencapai perjanjian yang memihaknya. Pedagang mungkin mula melihat corak ini, memberikan keredaan kepada situasi panik baru-baru ini. Saham telah melantun kembali sedikit dengan pedagang menyedari tarif mungkin menjadi alat tawar-menawar Trump berbanding menjadi polisi tetap.
Tetapi tarif mungkin hanya satu bahagian dari strategi Trump yang lebih besar. Dengan mencipta ketidakpastian pasaran, dia mungkin mendorong Federal Reserve untuk memotong kadar faedah. Trump sering mengukur kejayaan melalui prestasi pasaran saham. Pasaran saham yang lemah boleh memberi tekanan kepada Fed untuk bertindak, dan mengikut sejarah, pemotongan kadar faedah telah membantu pasaran melantun kembali dengan kuat. Malah, selepas pemotongan kadar, S&P 500 telah meningkat kira-kira 16% dalam masa setahun dan hampir dua kali ganda (sekitar 97%) dalam masa lima tahun.
Jadi, perbincangan tarif semasa mungkin mempunyai tujuan tersirat untuk menggalakkan Fed melonggarkan dasar monetari. Kadar faedah yang lebih rendah bermakna kos pinjaman yang lebih murah, lebih banyak pelaburan, dan akhirnya harga saham yang lebih tinggi. Pedagang nampaknya peka dengan taktik ini. Ketidakpastian akan menyebulungi pasaran buat masa ini, tetapi keuntungan masih boleh terjadi di masa depan.
Walaupun pasaran reda sedikit selepas penarikan balik Trump yang terbaru, kebimbangan ekonomi yang lebih mendalam masih berlegar. Kadar faedah yang tinggi menghadkan jumlah wang baru yang boleh dipinjam, yang bermaksud ekonomi tidak dapat bergantung pada hutang baru untuk merangsang pertumbuhan. Inilah sebabnya pedagang harus kekal berhati-hati. Tarif Trump dan reaksi Fed akan terus mendorong volatiliti. Memantau kedua-dua rundingan perdagangan dan keputusan bank pusat akan menjadi kunci, kerana kedua-duanya akan membentuk arah pasaran yang seterusnya.
Indeks USD (USDX) bergerak lebih rendah, menemui sokongan sekitar 103.45. Walaupun harga melantun sedikit, kami masih memerhatikan rintangan penting pada 104.90 dan 105.60, mencari isyarat bearish sebelum mengesahkan sebarang arah baru.
EURUSD mengalami tekanan menurun selepas mendekati kawasan 1.0890, mengakhiri minggu dengan nota bearish. Kami kini memerhatikan potensi tindakan bullish sekitar tahap 1.0695 dan 1.0610.
GBPUSD berakhir sekitar tanda 1.2944 dan menghadapi rintangan pada tahap ini. Kami menunggu untuk melihat sama ada harga akan turun lebih rendah ke arah 1.2780 atau 1.2720, di mana corak bullish mungkin terbentuk.
USDJPY stabil berhampiran 146.90, tetapi tindakan harga masih tidak dapat dipastikan. Jika pasangan ini terus menurun, kami akan memerhati dengan teliti sekitar zon sokongan 146.25. Begitu juga, USDCHF kelihatan terdedah kepada penurunan lebih lanjut, dengan kawasan sokongan kritikal dikenalpasti sekitar 0.8780. Pedagang harus menunggu isyarat bullish yang jelas di sekitar julat 0.8710 – 0.8780 sebelum memasuki perdagangan baru.
Pasangan komoditi AUDUSD dan NZDUSD bergerak lebih tinggi dari tahap sokongan yang dipantau tetapi kekurangan momentum bullish yang kuat. Kami perlu berhati-hati di sini, kerana pengesahan lebih lanjut diperlukan. Kami juga memerhatikan aktiviti bullish pada 0.6250 untuk AUDUSD dan sekitar 0.5650 untuk NZDUSD jika pasangan ini turun semula.
USDCAD menurun selepas menguji berhampiran 1.4425, sedikit di bawah rintangan 1.4450 yang disasarkan. Jika harga bergerak kembali ke atas, corak bearish pada 1.4450 boleh mencadangkan entri perdagangan baru.
Dalam pasaran komoditi, USOil meningkat sedikit selepas menembus bawah 65.508. Walau bagaimanapun, momentum semasa tidak cukup kuat untuk mencadangkan pembelian yang berterusan, menjadikan kawasan 69.85 sebagai tempat kritikal untuk kemungkinan entri bearish.
Harga emas kini tersekat dalam konsolidasi. Kami memberi perhatian kepada sokongan sekitar 2890; lantunan kuat di sini mungkin mencetuskan dorongan menuju paras tertinggi rekod baru.
SP500 berjaya naik sedikit dari paras terendahnya pada 5675, tetapi kami kekal berhati-hati. Pergerakan pasaran seterusnya akan mendedahkan sama ada kenaikan ini merupakan pemulihan sebenar atau sekadar hentian sementara sebelum volatiliti selanjutnya.
Bitcoin terperangkap dalam julat yang ketat, dan kami menunggu penembusan yang jelas sebelum mengambil tindakan. Jika Bitcoin turun semula, kawasan 74,000 kekal sebagai sokongan utama. Sementara itu, Natural Gas mendapati pembeli sekitar 4.25 dan boleh melanjutkan pemulihannya ke arah 5.00 tidak lama lagi. Jika momentum semakin kuat, kami sedang memerhatikan ujian berpotensi berhampiran 5.70.
Minggu ini bermula dengan tenang, tetapi pedagang tidak seharusnya merasa selesa. Selasa membawa data baru mengenai pembukaan pekerjaan AS, dengan ramalan menjangkakan peningkatan kepada 7.71 juta daripada 7.60 juta bulan lalu. Ini menunjukkan kekuatan dalam pasaran buruh, berpotensi meningkatkan dolar pada awal minggu ini.
Pada hari Rabu, pedagang akan menumpukan perhatian kepada angka inflasi, dengan Consumer Price Index AS (CPI) dijangka mereda sedikit kepada 0.30%, turun daripada 0.50% sebelumnya. Bacaan CPI yang lebih rendah mungkin mencadangkan tekanan inflasi yang menyejuk, menyediakan kemungkinan peluang jualan jika USD menyelesaikan fasa pengukuhan semasanya. Keputusan kadar faedah Kanada juga dikeluarkan pada hari Rabu, dijangka turun daripada 3.00% kepada 2.75%. Pasaran biasanya bertindak balas kuat terhadap pergerakan bank pusat, jadi pedagang harus kekal berjaga-jaga.
Khamis akan membawa lebih banyak pandangan kepada ekonomi AS dengan angka Producer Price Index (PPI) dijangka pada 0.30%, turun daripada 0.40% sebelumnya. Pedagang kemungkinan besar akan bertindak berdasarkan bagaimana angka ini mempengaruhi keputusan kadar masa depan Fed.
Pada hari Jumaat, angka KDNK UK menutup minggu dengan pertumbuhan yang diramalkan hanya 0.1%, penurunan ketara daripada 0.4% sebelumnya. Ini boleh melemahkan Pound, mendorong pedagang untuk memantau dengan teliti peluang perdagangan jangka pendek yang berpotensi.